Temuai

free link to home study courses guide
Online home study courses guide.

Tuesday, May 11, 2010

Rakan Sekolah Era 70han


Salam 1Malaysia.

Mungkin tidak ramai menyedari bahawa Sarawak telah memupuk semangat 1Malaysia sejak 1972 yang lalu. Yayasan Sarawak telah memulakan 1Malaysia dengan menghantar ramai pelajar tingkatan 1 ke berberapa sekolah di Semenanjung Malaysia setelah tamat sekolah rendah.

Ha ha ha, jadi cerita nya lebih kurang kitalah kumpulan ke 4 di bawah tajaan Yayasan Sarawak menuju 1Malaysia. Saya harap cerita saya ini dipersetujui Saudara Richard Lutang (sekarang di China), Saudara Lucas Blawan (Miri), Saudara Sulaiman Wak (Kementerian Pendidikan Malaysia Putra Jaya/KL), Saudara Kameri Affendi (Kuching), Saudara Abd. Wahid Ulen (Jabatan Buruh Kuching) dan tidak ketinggalan YB Hj. Fadillah Yusuf (Timbalan Menteri & MP Petra Jaya)

Dengan kesempatan berkunjung ke KL menghadiri suatu Seminar, saya terus menghubungi dua orang bekas rakan sedarjah Saudari Hajah Fatimah Hj. Ghazali di Jabatan Perdana Menteri dan Saudara Mahmud Hanapiah (Usahawan/Kontraktor Johor Bahru). Melalui mereka berdua, saya berjaya menghubungi Saudara Abd. Wahid Jailani di Proton Kuala Lumpur pada petang 10/5/2010.

Seterusnya, Saudara Abd. Wahid menghubungi Saudari Hasmawati Asbullah di Johor Baharu yang secara kebetulan sedang dalam perjalanan berkunjung ke KL.

Alangkah seronoknya berjumpa Saudari Hasmawati yang pernah berhubung melalui telefon pada 5 tahun yang lepas tetapi tidak pernah berjumpa sejak 20 tahun yang lalu. Perjumpaan yang agak lewat dan sangat singkat 3 rakan karib/sedarjah yang sama berjuang dalam aktiviti sukan, berberapa kelab dan badan pengawas sekolah sungguh mesra apa lagi di saksikan rakan-rakan baru yang lain dan anak-anak masing-masing.

Cerita lain tak perlu saya huraikan tetapi saya dapat meneka bahawa Saudara Abd. Wahid dan Saudari Hasmawati dikira dah berjaya dalam bidang masing-masing, ini hasil dari pemerhatian dan penilaian saya ketika kita minum di salah sebua kedai Kopi Kampung Baharu pada jam 11.00 hingga 12.30 tengah malam.



Bersama Saudara Abd. Wahid dan Saudari Hasmawati di Kampung Baharu KL



Terima Ole-Ole dari Saudari Hasmawati, Saudara Abd. Wahid kata BAGUS !!!

2 comments:

Indai Dara said...

auk mulai pengingat kita ney - betemu engau kaban lama enda engau betemu

Apaienduq said...

Apu bisi nemuai Indara Dara? Kaban lama lebih 20 taun nadai betemu !!!

Panggau Bujang Berani

Panggau Bujang Dara Endu Endun

Menua Apai Indai Aki Ini

Pupu Menua

Pupu Bansa