Salam perpaduan dan tahniah kepada pihak sekolah dan PIBG kerana berjaya menganjurkan gotong royong yang mempunyai sambutan yang luar biasa dengan sokongan penuh dari YB Tan Joo Poi yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri.
Saya kira, 22/1/2011 suatu sejarah kepada sekolah, inilah kali pertama sekolah ini dilawati oleh seorang Menteri Muda yang disertai Ketua-Ketua Masyarakat setempat,. Ini bermakna tahun 2011 ini akan merasai suatu perubahan yang ketara akan berlaku di sekolah. Hubungan sekolah dengan pemimpin masyarakat setempat amatlah penting dalam ketika pihak sekolah memerlukan sesuatu bantuan dan sumbangan minda, tenaga dan kewangan.
Harapan semua ibu bapa, semoga PIBG lebih proaktif, memimpin para ibu bapa dalam memantu pihak sekolah kearah pembangunan fizikal, minda, mutu pendidikan anak-anak, dan hubungan silaturahim bagi meningkatkan lagi keputusan dalam peperiksaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

Perlancaran Gotong Royong

YB Tan Joo Poi mengumumkan bantuan RM5000.00 kepada PIBG SK Jln Arang

Guru Besar En. Thalasa menyampaikan ucapan alua-aluan

Pendaftaran para ibu bapa seawal jam 7.00 pagi

Menunggu ketibaan YB tan Joo Poi

Sambutan YB dengan pertunjukan seni silat

Para Guru SK Jln Arang masih menunggu pendaftaran ibu bapa

Acara perasmian gotong royong

YB Tan Joo Poi dengan para ahli rombongan bersama Guru Besar dan Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Kuching

Cikgu Kisun menyampaikan taklimat kerja kumpulan secara gotong royong

Penyertaan para ibu bapa sungguh menggalakan pihak PIBG

Top soil untuk pokok-pokok bunga

Peralatan bomba dibekalkan oleh pasukan Bomba Kuching

Para ibu membantu dalam penjagaan pokok-pokok bunga

Peluang Carlos ditemani bapa di sekolah sewaktu rehat

Cikgu Kisun "sedang menguji kekuatan"

Kapitan membuat promosi sesuatu kepada ibu bapa

Bekerja keras menydiakan minuman

Para kaum ibu menyediakan makanan kepada semua peserta
aab
No comments:
Post a Comment