Temuai

free link to home study courses guide
Online home study courses guide.

Tuesday, April 12, 2011

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Jln Arang

PIBG SMK Jln Arang telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung tahunan dan pemilihan Exco pada 26/3/2011 yang lalu.

PIBG tersebut telah ditubuhkan pada 2003 pada ketika SMK Jln Arang mula beroperasi. En. James Bong adalah YDP pertama dan telah berkhidmat sehingga pembubaran pada Mesyuarat Agung 2011 pada 26/3/2011. Penghargaan dan jutaan terima kasih kepada En. James Bong kerana berjaya membawa PIBG SMK Jln Arang mencapai kejayaan dua tahun berturut-turut, menerima anugerah PIBG Kuching-Samarahan terbaik 2009 dan 2010.

SMK Jln Arang terdapat 98 orang guru yang diketuai oleh Pn. Fong Yut Kuen, dengan pelajar lebih 1600 orang. Komposisi pelajarnya adalah majoriti atau kira-kira 75% adalah pelajar keturunan Cina, manakala selebihnya adalah Bidayuh, Iban dan Melayu.

Sejak mulai beroperasi 2003, SMK Jln Arang telah menyaksikan seorang pemangku dan 2 orang Pengetua, yang kesemuanya adalah wanita yang berjaya menempatkan SMK Jalan Arang sebaris dengan sekolah-sekolah lain dalam keputusan peperiksaan awam dan menghasilkan pelajarnya bergerak cergas dalam sukan sehingga peringkat negara. Setinggi penghargaan, tahniah dan tahniah kepada semua warga sekolah kerana berjaya menghasilkan ramai pelajar cemerlang.


Ahli-ahli Exco PIBG SMK Jln Arang 2011-2013


Ahli-ahli Exco PIBG SMK Jln Arang 2009-2011


YDP PIBG SMK Jln Arang 2011-2013


Salah seorang bekas Exco PIBG menerima cenderahati dari Pen. Kanan En. Harris Fadzilah


Sebahagian dari guru dan ibu bapa yang hadir


Sebahagian dari ibu bapa yang hadir

Ketibaan YDP PIBG SMK Jln Arang, En. James Bong


cda

No comments:

Panggau Bujang Berani

Panggau Bujang Dara Endu Endun

Menua Apai Indai Aki Ini

Pupu Menua

Pupu Bansa