Undangan dari DAD Sanggau tidak dihampakan oleh pihak SDNU, oleh itu Jawatankuasa Tertinggi SDNU telah mempelawa, mana-mana ahli yang ingin menyertai rombong tersebut yang merupakan lawatan sambil belajar disamping memperkukuhkan lagi tali persaudaraan di antara kaum-kaum serumpun dalam dua negara yang berjiran.
Oleh kerana tidak mahu ketinggalan dan terlepas pula peluang keemasan ini, beberapa rakan saya pun sama-sama menerima pelawaan SDNU, malah peluang keemasan ini telah di sambut baik kerana dapat membawa ahli-ahli keluarga masing-masing bercuti di hujung minggu.
Seramai 36 orang dalam rombongan ini terdiri dari kaum Iban, Bidayuh, Kayan dan Kenyah. Jumlah tersebut juga termasuk ahli-ahli keluarga yang dewasa dan muda dengan menaiki 8 buah kenderaan dari Kuching. Dalam rombongan tersebut, 5 orang rakan telah membawa keluarga bersama-sama, manakala yang lain yang hanya ditemani lensa tetap sama-sama menyumbangkan kemeriahan rombongan.
Salam kepada semua rakan yang terlibat, semoga kita telah mendapat suatu pengalaman dan kesedaran, bahawa wujudnya kaum serumpun yang punyai persamaan dalam agama, sosial dan budaya hidup di sebelah perbatasan yang mungkin tidak pernah kita sedari sebelum ini.
Rakan-rakan seperjuangan, pada kali ini kita telah diundang dengan penuh peradaban Dayak, apakah kita mampu berbuat perkara yang sama dan seterusnya memanjangkan undangan kepada mereka pada masa hadapan? Selain itu mampukah kita meneruskan persahabatan kita untuk sama-sama menaikkan taraf sosial, ekonomi, pendidikan dan budaya semua kaum rumpun Dayak? Jika diteliti, hasil dari saling undang mengundang dan lawat melawat dan kerjasama ini, suatu ketika nanti, mungkin timbul pula idea dan kesedaran baru bagi menuju perpaduan Dayak serantau, tidak mustahir bukan?
Itu semua tidak mustahir, maklumlah kita sekarang hanya dipisahkan oleh sempadan di atas peta, tetapi bagi mereka yang diam di sepanjang sempadan tetap tiada tembuk menjadi penghalang untuk bergerak kunjung mengunjung sanak saudara masing-masing terutamanya pada musim perayaan.
Rakaman Lensa
Nota:
Berita dalam BM - Untuk di fahami rakan dari negara jiran
2 comments:
Gawak Dayak di sana enggak ada Ai Bisa?
Untung amai apaienduq ulih bejalai kin kia meda menua urang...
Post a Comment