Temuai

free link to home study courses guide
Online home study courses guide.

Tuesday, April 13, 2010

Insentif Pelajar SK Jln Arang

Selamat pagi cikgu, dengan penuh senyuman salam saya itu dijawab "Selamat pagi dan terima kasih kerana dapat datang ke Majlis kami pada pagi ini". Jawab saya kembali, terima kasih cikgu kerana menjemput kami ke majlis ini. Percakapan saya dengan Guru Besar sekejap saja kerana beliau memang sibuk pada pagi yang cukup bersejarah bagi SK Jalan Arang. Mana tidaknya, sekolah yang baru dibuka pada tahun 2003 telah mencatat rekod keputusan cemerlang UPSR pada tahun 2009 yang lepas, seramai 10 orang pelajar telah mencapai 5A.

Tetapi sebelum itu, kedatangan saya agak lewat sedikit, semua kerusi telah di penuhi walau bagaimanapun kehadiran saya dan teman saya dapat dikesan oleh salah seorang guru lelaki (saya lupa nama), maka dengan penuh hormatnya, beliau memberikan laluan untuk kita duduk dan saya melihat, beliau sendiri telah mencari tempat duduk yang agak jauh ke sebelah kanan barisan para guru. Terima kasih cikgu !!!

Setinggi-tinggi penghargaaan dan jutaan terima kasih kepada semua cikgu dan kakitangan sekolah, Guru Besar Cikgu Sharifah, Cikgu Kisun Kumbun, Cikgu Peter Lajang, Cikgu Toh, Cikgu Lia, Cikgu Loh dan lain-lain ke atas kejayaan sekolah menghasilkan 10 orang pelajar mencapai UPSR dengan CEMERLANG. Saya dan teman saya sebagai ibu bapa sangat bangga dengan kejayaan tersebut, sangat bangga dengan kejayaan sekolah tetapi lebih lagi bangga dan sangat terhutang budi kepada semua guru dan kakitangan sekolah, apabila melihat anak tergulung dalam kumpulan tersebut. Terima kasih kepada semua cikgu, semoga usaha dan penat lelah tuan-tuan dan puan-puan ke atas kejayaan anak kami itu akan mendapat berkat yang setimpal.


Carlson Dexter menerima INSENTIF PIBG dari Guru Besar Cikgu Sharifah


Sebahagian pelajar CEMERLANG bersama Guru Darjah Cikgu Peter Lajang dan para ibu bapa


Carlson Dexter bersama Cikgu Kisun Kumbun


Para murid SK Jalan Arang


Cikgu Toh bermesra dengan para penerima insentif


Guru Besar Cikgu Sharifah dan Cikgu Loh berpos dengan para bekas anak murid


Ceramah motivasi kepada para murid Tahun 6 selepas Majlis Penyampaian Insentif


Cikgu Kisun dan Cikgu Noriah menjemput para ibu bapa ke jamuan ringan


AE

No comments:

Panggau Bujang Berani

Panggau Bujang Dara Endu Endun

Menua Apai Indai Aki Ini

Pupu Menua

Pupu Bansa