Temuai

free link to home study courses guide
Online home study courses guide.

Friday, April 2, 2010

Teman-teman Pemberita dari Indonesia di Kuching

Pada awal pagi tadi, saya baru bangun dan jengguk ke belakang rumah, ingin memberi makan ikan-ikan dan ternakan yang lain. Tiba-tiba terima panggilan telefon, suara yang biasa kedengaran tetapi nombor nya 010. Saya tertanya-tanya nombor siapa kah ini?

"Aya aya, Jang Rangga tu, ari Kalimantan kami 5 diatu bisi di Kuching" suara Jang. Pastilah saya kenal suara Jang Rangga yang sering datang ke Sarawak, lebih-lebih lagi beliau yang ditugaskan memulakan siaran RRI di perbatasan Entikong, sejak bulan September 2009. Sebelum itu beliau bertugas di Bahagian Berita, TVRI di Pontianak untuk TV dan radio termasuk siaran radio bahasa Iban.

Kunjungan mereka ke Sarawak kali ini adalah mendapatkan bahan berita dan dokumentari mengenai penghijrahan Dayak Bidayuh dari Kalimantan ke Sarawak. Dokumentari tersebut akan disiarkan melalui TV1 Indonesia. Semoga misi mereka akan berjaya. Di harapkan juga mereka akan memberitahu tarikh dan jam siaran tersebut, manalah tau, jika ada peluang mungkin saya dan Pak Langkasty Narang bisa kunjung ke Entikong untuk menontonnya.

Pagi tadi, setelah menerima panggilan telefon dari Jang Rangga, saya dan Pak L. Narang terus segera menemui dan bersarapan dengan mereka di salah sebuah kedai Kopi berdekatan dengan Ariff Hotel. Seronok juga berbual dengan mereka kerana kumpulan mereka terdiri dari 1 orang Dayak Iban, 2 orang Dayak Bidayuh dan 2 orang Jawa dari Jakarta yang sama-sama bertugas sebagai pemberita sepenuh masa.

Duduk: Pak Impan Manuk, En. Lankasty Narang, Apaienduq
Bediri: Pak Deden M. Ramdan, Pak Jang Rangga, Pak Ahmad Syakur & Pak Helenus Fatah

cda

No comments:

Panggau Bujang Berani

Panggau Bujang Dara Endu Endun

Menua Apai Indai Aki Ini

Pupu Menua

Pupu Bansa