Temuai

free link to home study courses guide
Online home study courses guide.

Thursday, June 10, 2010

Gawai Din Dia (Part 1)


1. Gawai Dayak Pontianak



Terima kasih ke atas undangan rakan Dayak di Pontianak. Undangan ini adalah sebagai undangan balas semasa Majlis Makan Malam Gawai pada 15/5/2010 yang lalu di Kuching. Pada ketika itu seramai 43 orang rakan Dayak dari Kalimantan bersama Dayak di Kuching meraikan majlis Gawai tersebut.

Majlis Makan malam tersebut sungguh meriah kerana disajikan kebudayaan Dayak dari dua buah Negara, Malaysia (Sarawak) dan Indonesia (Kalimantan Barat). Harapan penganjur, pada tahun yang akan datang, semoga semua etnik Dayak di Kepulauan Borneo dapat mempersembahkan kebudayaan masing-masing pada suatu majlis yang serupa, samada di Sarawak, Brunei, Labuan, Sabah, Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah, Kalimantan Selatan atau Kalimantan Timur.

Kunjung mengunjung seperti ini akan terus memupuk dan merapatkan lagi tali persaudaraan antara rakyat dua buah negara dalam sebuah Pulau yang sama. Semoga lawatan seperti ini tidak disalah tafsir oleh pihak tertentu kerana ia juga membantu membuat promosi nama Malaysia dan Sarawak khasnya sebagai distinasi percutian, pusat perubatan dan membelibelah kepada masyarakat di seluruh Kalimantan.



Bersama Pak Clarry Sada, Ibu Puput dan Pak Narang menghadiri seminar Budaya Dayak



Bersama Pak Federick Kuyah, Ibu Lidia dan Pak Clarry Sada


Pengerusi dan Sek Jen Gawai Pontianak Bapak Fabianus Kasim dan Bapak Tarsisius Fan Sabandap yang ke dua-dua nya berketurunan Dayak Iban



Panglima Dayak Iban, Eddy Barau yang juga pengawal peribadi Bapak Gurbenur


Bapak Tarsasius sedang berucap sebagai SekJen Gawai 2010


Bapak Cornelis sedang berucap pada perlancaran Pekan Gawai Pontianak


Pertunjukan "kebal" oleh dua orang Panglima Dayak

Kereta berhias kelilingi Pontianak


Sebahagian dari kereta yang menyertai Kereta Berhias


Kereta Berhias membawa Pahlawan dan Serikandi Dayak


Tetamu/Pengabang dari Kuching dan Sarikei


Acara pertandingan menyumpit di Rumah Betang


aab

No comments:

Panggau Bujang Berani

Panggau Bujang Dara Endu Endun

Menua Apai Indai Aki Ini

Pupu Menua

Pupu Bansa