Temuai

free link to home study courses guide
Online home study courses guide.

Sunday, September 5, 2010

Persahabatan Tiga Keluarga dari Dua Buah Negara

Bapak Thadeus Yus dan keluarga yang datang dari Pontianak telah menjemput keluarga saudara Narang dan keluarga saya ke Majlis Makan Malam bersama keluarga beliau di salah sebuah restoran di Kuching sempena Ulang Tahun beliau yang ke 53 pada 22/8/2010 yang lalu.

Anak-anak Bapak Thadeus dan anak-anak saya telah menjadi sahabat sejak 23/12/2006 yang lalu. Persahabatan saya dan saudara Narang dengan Bapak Thadeus serta Ibu Lies pula telah pun bermula pada suatu Majlis Munas Dewan Adat Dayak pada pertengahan bulan September 2006 di Pontianak.

Terima kasih kepada Bapak Thadeus dan sekeluarga kerana menjemput kami, keluarga saya dan keluarga Saudara Narang. Mereka sekeluarga sebenarnya, dalam perjalanan pulang bercuti dari Bangkok melalui Kuching sebelum meneruskan perjalanan menggunakan kereta sendiri ke Pontianak pada 23/8/2010.

Dalam pada masa yang sama, mereka juga turut menjemput dua kelurga ini untuk berkunjung ke Pontianak pada bulan Oktober yang akan datang sempena dengan Majlis Perkahwinan anak sulung mereka, Martin.

Makan malam itu, sangat meriah sekali. Hubungan persahabatan yang rapat di antara ibu bapa tiga keluarga nampaknya mendapat sambutan dari anak-anak walaupun dipisahkan oleh sempadan antarabangsa, bagi dua buah negara yang berlainan tetapi rumpun yang sama.

Semoga persahabatan tersebut akan berterusan untuk selama-lamanya. Salam manis dari keluarga saya dan keluarga Saudara Narang dari Kuching untuk keluarga Bapak Thadeus di Pontianak.




Persabatan di antara Tiga buah Keluarga


Ayos menerima Kek dari Bapak Thadeus


Keluarga Bapak Thadeus dan Ibu Katherina Lies


Ibu Lies, Indai Enduq n Indai Bob


Anak-anak Bujang


Tiga keluarga berehat di kedai kopi


aab

No comments:

Panggau Bujang Berani

Panggau Bujang Dara Endu Endun

Menua Apai Indai Aki Ini

Pupu Menua

Pupu Bansa