Salam hormat dan setinggi tahniah kepada keluarga Pak Thadeus Yus dan Ibu Katherina Lies kerana telah selamat meraikan majlis Pernikahan Marten dan Elizabeth, Terima kasih kepada keluarga Pak Thadeus dan Ibu Katherina Lies kerana sudi mengundang kami sekeluarga ke majlis tersebut.
Pernikahan yang sungguh meriah, diraikan di Kapuas Palace Hotel dari jam 3.00 hingga 8.00 petang pada 16.10.2010 Ahad lepas, iaitu selepas selesai acara pemberkatan di Kathedral St. Yosef. Tidak kurang 3000 orang sabahat handai dan tamu yang datang dari seluruh pelusuk Kalimantan Barat.
Para tamu ramai yang datang, ini mungkin kerana Bapak Thadeus Yus adalah Pengerusi Dewan Adat Dayak Kalimantan Barat manakala Ibu Katherina Lies pula adalah mantan Ahli Dewan Perwakilan Rakyat Pontianak.
Kunjungan saya dan Langkasty Narang sebagai mewakili keluarga masing-masing kerana hubungan kekeluarga dengan keluarga Pak Thadeus Yus telah terjalin sejak 2006. Semoga tali persahabatan kami ini akan diteruskan oleh anak-anak yang akan dimulai oleh Marten dan Elizabeth.





aab
No comments:
Post a Comment