Temuai

free link to home study courses guide
Online home study courses guide.

Saturday, October 9, 2010

Nemuai ke Sintang

Dalam keadaan yang amat sibuk dengan tugas rasmi di pejabat atau di luar stesyen, sempat juga melaksanakan tanggungjawab kemasyarakatan di sana sini. Bagi melaksanakan tugas tersebut terpaksalah mengorbankan masa pada hujung minggu yang biasanya digunakan untuk melayani karenah anak-anak yang masih kecil dan yang sudah besar panjang.

Puji Tuhan kerana telah memberikan kekuatan kepada semua ahli keluarga yang sentiasa memahami tugas dan tanggungjawab terhadap perkerjaan, keluarga dan lebih lagi masyarakat yang secara sukarela yang tidak mudah difahami oleh ramai orang.

Terima kasih kepada Cikgu Benesion yang berada di perbatasan Entikong kerana sudi menemani dan menjadi jurupandu ke Sintang dan Sekadau. Tujuan perjalanan kali ini adalah untuk mengenalpasti dan mengkaji laluan perjalanan Borneo Dayak Cultural Heritage Safari 2010 (BDCSH2010) yang akan berlangsung pada Bulan November 2010. Selain itu, kita juga merancang aturcara yang dipersetujui bersama dengan pihak MADN, agar BDCSH akan mencapai matlamat dan kepuasan kepada semua peserta.

BDCH2010 dijangka akan lebih meriah daripada tahun 2009 kerana mungkin mendapat sambutan dan penyertaan dari ahli-ahli Majlis Adat Dayak Nasional bersama ahli-ahli SDNU.

**Mohon maaf kepada rakan-rakan di Sintang kerana memuatkan berita ini dalam blog agak lewat dari biasa, walau bagaimanapun, semua pihak tetap mengharapkan sebuah kejayaan akan dinikmati bersama, hasil bakal kerjasama di antara SDNU dengan MADN atau Dewan Adat Dayak.


Bersama Bapak Askiman dan Bapak Fransiskus


Bersama Bapak Kris Lucas dari Kapuas RAYA Post


Keadaan banjir di perkampungan di Sintang



Halaman rumah hampir ditenggelami banjir Sungai Kapuas dan Sungai Sintang


Gambaran idola, Keling dan Kumang yang menjadi lambang Kooperasi (Credit Union) Masyarakat Dayak di Kalimantan, juga lambang kejayaan orang Dayak dalam bidang pengurusan kewangan


Pejabat baru Credit Union (CU) yang baru sahaja dirasmikan oleh Governor


Di pelabuhan/Jeti Sekadau - pertengahan Batang Kapuas


Cikgu Benesion membantu mengambil air dari Sungai Kapuas yang di pesan oleh Indai Falicka (Margaret Jara) dan Indai Chemit (Sarawa) di Sibu


Acara perkahwinan di Gereja di salah sebuah kampung yang sempat dirakamkan semasa melalui perkampungan tersebut



Pembaikian jalanraya dengan tenaga manusia di Sekadau



Tugu yang tersergam indah sebelum sampai ke Sanggau


Saudara Narang bersama Cikgu Benesion di sebuah sekolah di Kpg Sontas




Rumah Adat Kpg Sontas Entikong


cda

2 comments:

kris_kris said...

Aku bukai ari Kapuas Post, tapi ari Kapuas Raya Post (KRP)

Apaienduq said...

Ampun ngagai nuan Pak Kris, saru amat ga aku ba nya, laban nyau ka sebaka. Terima kasih laban bisi ngabas blog aku. Salam Kristus ngagai semua kaban di Sintang - Pak Abeng dll

Panggau Bujang Berani

Panggau Bujang Dara Endu Endun

Menua Apai Indai Aki Ini

Pupu Menua

Pupu Bansa