Puji Tuhan kerana telah memberikan kekuatan kepada semua ahli keluarga yang sentiasa memahami tugas dan tanggungjawab terhadap perkerjaan, keluarga dan lebih lagi masyarakat yang secara sukarela yang tidak mudah difahami oleh ramai orang.
Terima kasih kepada Cikgu Benesion yang berada di perbatasan Entikong kerana sudi menemani dan menjadi jurupandu ke Sintang dan Sekadau. Tujuan perjalanan kali ini adalah untuk mengenalpasti dan mengkaji laluan perjalanan Borneo Dayak Cultural Heritage Safari 2010 (BDCSH2010) yang akan berlangsung pada Bulan November 2010. Selain itu, kita juga merancang aturcara yang dipersetujui bersama dengan pihak MADN, agar BDCSH akan mencapai matlamat dan kepuasan kepada semua peserta.
BDCH2010 dijangka akan lebih meriah daripada tahun 2009 kerana mungkin mendapat sambutan dan penyertaan dari ahli-ahli Majlis Adat Dayak Nasional bersama ahli-ahli SDNU.
**Mohon maaf kepada rakan-rakan di Sintang kerana memuatkan berita ini dalam blog agak lewat dari biasa, walau bagaimanapun, semua pihak tetap mengharapkan sebuah kejayaan akan dinikmati bersama, hasil bakal kerjasama di antara SDNU dengan MADN atau Dewan Adat Dayak.
Gambaran idola, Keling dan Kumang yang menjadi lambang Kooperasi (Credit Union) Masyarakat Dayak di Kalimantan, juga lambang kejayaan orang Dayak dalam bidang pengurusan kewangan
Cikgu Benesion membantu mengambil air dari Sungai Kapuas yang di pesan oleh Indai Falicka (Margaret Jara) dan Indai Chemit (Sarawa) di Sibu
Acara perkahwinan di Gereja di salah sebuah kampung yang sempat dirakamkan semasa melalui perkampungan tersebutcda










.jpg)
2 comments:
Aku bukai ari Kapuas Post, tapi ari Kapuas Raya Post (KRP)
Ampun ngagai nuan Pak Kris, saru amat ga aku ba nya, laban nyau ka sebaka. Terima kasih laban bisi ngabas blog aku. Salam Kristus ngagai semua kaban di Sintang - Pak Abeng dll
Post a Comment