Temuai

free link to home study courses guide
Online home study courses guide.

Friday, August 12, 2011

PIBG SMK Jalan Arang Anjur Gotong Royong


Persatuan IbuBapa dan Guru (PIBG) SMK Jalan Arang mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir semasa gotong royong pada pagi 23/7/2011.

Seramai 436 orang ibu bapa dan guru hadir melepasi sasaran pihak sekolah dan PIBG. Pengerusi MPP Cr. Ir Lo Khere Chiang dan Pengetua Cemerlang, Puan Fong Yut Kuen, turut hadir bagi memeriahkan lagi Majlis Gotong Royong tersebut.

PIBG sangat menghargai kehadiran Pengerusi MPP Cr. Ir. Lo Khere Chiang yang begitu perhatin dengan masalah kesesakan jalan raya semasa waktu tertentu di Lorong Arang 13. Beliau akan mengambil tindakan bagi membantu mengatasi kesesakan tersebut yang menjadi masalah sekolah dan juga penduduk-penduduk di taman perumahan bersebelahan.

Dalam ucapan perlancaran gotong royong pagi tersebut, Cr. Ir. Lo Khere Chiang mengingatkan ibu bapa agar sama-sama membantu memajukan sekolah. “Gotong royong misalnya salah satu cara berjimat cermat dalam perbelanjaan dan masa bagi membeli atau membaiki atau menyelenggara sebarang kerosakan kecil ke atas kerusi, meja, parit, tanaman bunga, parit dan lorong jalan kaki dll”

PIBG SMK Jalan Arang menganjurkan aktiviti tersebut dengan tujuan utama adalah:-

(i) Salah satu aktiviti utama PIBG 2011,

(ii) Pembersihan kawasan sekolah agar jauh dari NYAMUK AEDES/penyelenggaraan tanaman hiasan, membaiki sebarang kerosakan seperti kerusi dan meja, menaiktaraf tempat letak kereta tambahan,

(iii) Mengeratkan silaturahim di antara semua ahli (ibu bapa dengan para guru),

(iv) Memupuk semangat persefahaman ibubapa dengan pihak sekolah bagi membantu menyelesaikan pelbagai masalah termasuk disiplin pelajar.

Yang diPertua PIBG SMK Jalan Arang, En. Anthony Banyan, dalam ucapan alua-aluan, merayu kepada semua ibu bapa bahawa PIBG SMK Jln Arang sangatlah mengalu-alukan sumbangan setiap ahli dalam semua bentuk seperti cadangan dan idea membina, material, tenaga, wang ringgit, masa, mahupun sokongan moral untuk membantu pihak sekolah menuju ke arah kejayaan bersama pada masa hadapan.

Beliau berkata, sejak sekolah ini mula beroperasi dalam 2003, peranan PIBG dalam usaha membantu memajukan sekolah memang menyerlah tetapi tidak disedari ibu bapa dan pelajar-pelajar sendiri.

Sebahagian peranan dan sumbangan PIBG bersama pihak sekolah dalam meningkatkan;-

(i) prestasi akademik – PIBG memberi insentif kepada tenaga pengajar/penceramah motivasi/aktiviti akedemik luar darjah/insentif pelajar yang cemerlang dalam PMR & SPM

(ii) pencapaian dalam kegiatan kokurikulum – PIBG menyediakan insentif/belanja
bagi pelajar yang berjaya mewakili sekolah /negeri/Negara


(iii) mutu pembangunan sahsiah pelajar - PIBG sentiasa di belakang pihak sekolah oleh itu membantu belanja seminar/ceramah spt anti dadah/merokok/gangsterism setiap tahun.

(iv) menambahbaik kemudahan prasarana sekolah – PIBG telah sedaya upaya membantu pihak sekolah menyediakan kemudahan tambahan seperti kipas/Aircond/jalan berbumbung/pondok menunggu/kerusi meja/dewan/computer.

PIBG SMK Jalan Arang juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada sokong ibu bapa ke atas segala aktiviti yang dirancangkan untuk kepentingan sekolah dan anak-anak yang menuntut ilmu supaya sentiasa dalam persekitaran sekolah yang bersih, aman dan tenteram.

PIBG akan terus merancang dan melaksanakan segala aktiviti yang berfaedah kepada sekolah. Semua aktiviti tersebut tidak bertentangan dengan peraturan dan dasar Kementerian Pendidikan oleh yang demikian semua ibu bapa tidak perlu kuatir atau sak wasangka buruk. Jika ada kesangsian, sila berhubung terus dengan pihak sekolah atau AJK PIBG.


YDP PIBG SMK Jalan Arang menyampaikan kata-kata aluan dan seterusnya menerangkan tujuan PIBG mengadakan Gotong Royong


Cr. Ir Lo Khere Chiang menyampai ucapan seterusnya melancarkan majelis Gotong Royong


Cr. Ir. Lo Khere Chiang menerima cenderahati dari wakil PIBG SMK Jalan Arang sambil diperhatikan oleh Pengetua Cemerlang Pn. Fong Yut Kuen


Cikgu Robert Juin memberi taklimat atur cara Gotong Royong



Para Bapa menjadi tukang kayu


Kerja sama rata meratakan tanah dan menutup lubang-lubang kecil


Penutupan lubang hampir selesai


Salah seorang Pegawai Bomba yang hadir membantu membersihkan longkang utama


Cikgu Ellie Ngui dan Cikgu Yeo bersama membuka air dari pili bomba


Para pelajar sama berkerja keras untuk kesenangan bersama pada hari esok


Cikgu pan tidak terkecuali, berat sama dipikul, bakul sama diangkat ha ha ha !!!!


Pn. Seriah bersama para pelajar Kelab Pertahanan Awam mengangkut tanah


Para Pelajar Pertahanan Awam bersama Guru Pn. Seriah Semana


PIBG SMK Jalan Arang Gotong Royong telah terbit dalam Utusan Borneo dan Borneo Post


aab



No comments:

Panggau Bujang Berani

Panggau Bujang Dara Endu Endun

Menua Apai Indai Aki Ini

Pupu Menua

Pupu Bansa