Dua malam pada hujung minggu sudah mencukupi untuk berkunjung menemui rakan-rakan di negara jiran. Para teman dan kenalan di Pontianak sana sini menjemput sembang-sembang, makan atau minum. Terima kasih rakan-rakan di Pontianak, kerana mengundang teman-teman di Malaysia. Semoga persahabatan terus mekar berkembang bagi menyegarkan lagi tali persaudaraan serumpun tanpa had dan perbatasan.
Malam Amal Kebudayaan Dayak Kalimantan Barat telah berlangsung dengan penuh meriah dan sungguh bersejarah pada malam 6/5/2011 bertempat di Kapuas Palace Hotel. Para tamu dan undangan yang datang bukan sahaja dari Kalimantan Barat, Timur, Tengah dan Selatan malah ada yang datang dari Jakarta, Sarawak dan Sabah.
Acara malam itu sungguh menarik dan sangat mengkagum sekali, di antaranya persembahan kebudayaan, nyanyian dan memperagakan pakaian tradisional dan moden masyarakat Dayak. Selain diperagakan, pakaian tersebut dijual dengan harga tertentu bagi mengisi dana pembinaan Rumah Adat yang baru. Harga pakaian tradisional di jual serendah rp9,000,0000 - rp145,000,000 (kira-kira RM3,150.00 hingga RM50,000.00).
Waktu acara tersebut adalah pada hari berkerja dan hari anak-anak bersekolah maka oleh yang demikian, tidak ramai rakan-rakan dari Sarawak yang dapat memenuhi undangan MADN/DAD pada kali ini.
Mungkin pada masa hadapan dan pada acara lain akan lebih ramai rakan yang memenuhi undangan sekiranya acara diadakan pada waktu cuti atau pada hujung minggu.
Walau bagaimanapun, jutaan terima kasihlah kepada Bapak Herman Ivo selaku Pengerusi Acara Malam Amal Kebudayaan Dayak, Bapak Atan Palil selaku Timbalan Presiden MADN dan yang lain-lain kerana menyampaikan undangan kepada rakan-rakan di Kuching.

Inilah waktu yang paling manis, sekali lagi dapat bemesra dengan Bapak Teras Narang Gubenur Kalteng selaku President Majlis Adat Dayak Nasional yang sentiasa ramah dan mesra didekati

Pakaian orang Dayak yang diperagakan pada Malam Amal yang bernilai mencecah RM30,000 hingga RM45,000 sepasang

Orang Dayak dari Kaltim yang menawarkan untuk memiliki 2 pasang pakaian yang diperbuat dari manik dengan harga kira-kira RM45,000

Terima kasih buah guli kerana KAMI diingati dan sering diundangi

Mdm Lilian mewakili Dayak Sabah bersama En. Langkasty Narang

Kemeriahan orang ramai dalam Majlis Amal Kebudayaan Dayak

Persembahan salah satu tarian dan pakaian kebudayaan Dayak Kalimantan

Bapak Herman Ivo Pengerusi Malam Amal Kebudayaan dan Pengerusi Rumah Betang Center

Bersama En. William Awat dan Fr William Cheng

Kesempatan bersama MC majlis, Nona Lidwiwin dan Pak Clarry Sada

En. Edmund Renggie berkesempatan bergambar bersama Bapak Augustine Teras Narang

Bersama rakan Dayak yang juga penyumbang/dermawan utama dari Jakarta
Aktiviti di Pontianak

Undangan makan malam sempena Missa Ester di kediaman keluarga Bapak Thadeus Yus

Marten dan Elizabeth dengan anak comel yang baru berusia sebulan

Adik Bryan Jovercia 9 tahun, penerima hadiah pelukis kanak-kanak PBB, menandatangi buku untuk Ayos yang sedang dilancarkan di sebuah kompleks membeli belah. Penerbitan buku tersebut di telah dibantu oleh Pak Alexander Mering salah seorang pemberita Dayak di Pontianak

Terima kasih Bapak Atan Palih, Bapak Salem, Bapak Bunau dan rakan-rakan dari MADN kerana telah menyediakan hidangan yang enak untuk makan tengahari (makan siang)

Sungguh unik, sebuah motosikal yang telah dihiasi dengan lukisan dan gambar-gambar yang sangat cantik pada setiap komponennya
Perjalanan Pontianak Kuching
Bapak Herman Ivo bersama keluarga mengiringi keberangkatan pulang ke Sarawak

Bapak Agus Clarus dan rakan-rakan mengiringi keberangkatan walaupun di tepi jalan kerana ingin mengejar masa untuk sampai ke Entikong/Tebedu sebelum jam 6 petang
Perjalanan Kuching-Pontianak
Di post perbatasan

Keletihan (Cap Apik), keadaan sesampainya di Kapuas Palace Hotel
aab