Temuai

free link to home study courses guide
Online home study courses guide.

Friday, May 6, 2011

Johan Piala Pusingan Dato Sri William Mawan

* *

***Perhatian - Selamat datang dan terima kasih kepada semua pembaca Dayak (Malaysia & Indonesia)



Pasukan SDNU B telah menjulang Piala Pusingan Badminton Dato Sri William Mawan dalam Kejohanan Badminton SDNU/KPSU (Dayak) 2011. Selain dari Piala Pusingan, mereka juga telah membawa balik Piala Kejohanan dan wang tunai.

Naib Johan pula dirangkul oleh Pasukan Stenggang Transport Bau manakala tempat ketiga diraih bersama oleh Pasukan Goodwill A dan Pasukan SDNU Sri Aman.

Johan Katogari Beregu Lelaki Terbuka pula telah dimenangi oleh Theo Tom Ak Ruman dan Andrew Isot Ak Jelie. Naib Johan pula telah dimenangi oleh Ngalih Tinggi dan Fleming Michael.

Manakala Johan Katogari Beregu Wanita Terbuka pula telah dimenangi oleh Alice Ningkan dan Thrycia Tija. Naib Johan dirangkul oleh pasangan Sanisah dan Theresa.

Acara penutupan dan penyampaian piala telah disempurnakan oleh Polsec En. Paul Igai bagi pihak YB Dato Sri William Mawan Ikom selaku Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak. Turut hadir memberi sokongan padu sepanjang pertandingan akhir kejohanan sehingga majlis penutupan tersebut adalah YBhg. Datin Sri Julia Mawan.


YBhg. Datin Sri Julia Mawan menyampaikan Piala Pusingan kepada Johan Badminton (Dayak) 2011 - Pasukan SDNU B


Naib Johan Pasukan Stenggang Transport Bau


Tempat Ketiga dimenangi bersama Pasukan Goodwill A dan Pasukan SDNU Sri Aman


Johan Badminton SDNU/KPSU (Dayak) 2011 Pasukan SDNU B dengan YBhg. Datin Sri Julia Mawan dan Polsec En. Paul Igai


Keratan Akhbar Utusan Borneo pada 11/3/2011


Keratan Akhbar Borneo Post pada 11/3/2011 dan Ahli Jawatankuasa Pengelola Badminton SDNU/KPSU (Dayak) 2011



cda

No comments:

Panggau Bujang Berani

Panggau Bujang Dara Endu Endun

Menua Apai Indai Aki Ini

Pupu Menua

Pupu Bansa