Sebanyak 20 dari 23 pasukan bertanding dalam Kejohanan selama 3 hari berturut-turut (30/4/2011 - 2/5/2011). Kejohanan tersebut telah memperlihatkan kejaguhan pasukan dari Sri Aman, Sarikai, Kapit dan Bintulu selain dari Pasukan dari Kuching, Bau dan Serian.
Perasmian Kejohanan telah disempurnakan oleh En. Hamdan Sarbini Ketua Penolong Pengarah KPSU mewakili Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak pada pagi 30/4/2011 bertempat di Sentosa Sport Center, Jln Stakan, Batu 7 Kuching.
Bagi pihak pengelola Kejohanan yang di ketuai oleh En. Ngalih Tinggi mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Hamdan Sarbini kerana telah mengorbankan masa untuk perasmian walaupun pada hari cuti rehat pada hujung minggu.
En. Hamdan Sarbini Ketua Penolong Pengarah KPSU mewakili Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak bergambar bersama semua Ahli Jawatankuasa Kejohanan Badminton Dayak 2011 setelah menyempurnakan Perlancaran Kejohanan
Sebahagian para pemain persahabatan SDNU & MADN bersama YBhg. Datin Sri Julia Mawan dan Bapak Atan Palil Ketua Rombongan MADN
YBhg. Temenggong Datuk James Jimbun, Bapak Atan Palil Ketua Kontengen MADN bersama YBhg. Datin Sri Julia Mawan Pemain dan Penyokong No 1 Kejohanan Badminton Dayak 2011 mewakili suami YB Dato Sri William Mawan




.jpg)
No comments:
Post a Comment