Temuai

free link to home study courses guide
Online home study courses guide.

Wednesday, May 4, 2011

Jamuan Makan Malam Gawai SDNU Boulder Bulit



**Perhatian - Selamat datang dan terima kasih kepada semua pembaca Dayak (Malaysia & Indonesia)


Para pemain Kejohanan Badminton telah diraikan dalam suatu majlis Makan Malam sempena Gawai SDNU Taman Boulder Built pada malam 1/5/2011 di M2 Seafood Restaurant Jln Batu Kawa.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah semua ahli Kontenjen Badminton Majlis Adat Dayak Nasional Indonesia (MADN) yang di ketuai oleh Bapak Atan Palil. Pada malam 30/4/2011 juga, mereka telah diraikan oleh SDNU sempena Makan Malam Gawai SDNU Taman BDC di salah sebuah hotel di Bandaraya Kuching.

Majlis Makan Malam kali ini, telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB Datuk Alexander Nanta, Ahli Parliament Kapit yang mewakili YB Dato Sri William Mawan Ikom, Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak. Turut hadir juga, Ketua Masyarakat Temenggong Datuk James Jimbun dan Political Secretary En. Paul Igai.

Dalam Majlis tersebut, YB Datuk Alexander Nanta telah mengagihkan peruntukan permulaan RM3,000 untuk pengelolaan Kejohanan Badminton pada 2012, RM2,000 pula untuk Dana Pendidikan SDNU Taman Boulder Built. Di samping itu, YB Dato Sri William Mawan melalui Polsec En. Paul Igai juga telah memperuntukan dana sebanyak RM10,000 lagi untuk SDNU.


YB Datuk Alexander Nanta mewakili YB Dato Sri William Mawan menyampaikan amanat dan berita gembira kepada SDNU Taman Boulder Built dan Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Badminton (Dayak)


Bapak Atan Palil Timbalan President Majlis Adat Dayak Nasional Indonesia selaku Ketua Rombongan MADN menyampaikan terima kasih ke atas undangan Badminton Persahabatan Dayak 2011


En. Anthony Banyan Vice President 1 SDNU selaku Penasihat Kejohanan Badminton (Dayak) 2011 menyampaikan ucapan terima kasih ke atas kejayaan penganjuran dan sokongan terhadap kejohanan tersebut oleh semua pihak terutamanya kepada YB Dato Sri William Mawan Ikom dan YB Datuk Alexander Nanta


Bapak Agustinus Clarus dan ahli rombongan dari MADN, Datuk Dr. Anthony Nait Pengerusi SADIA Kuching, En. John Tambi Penghulu Iban Kuching


YBhg. Temenggong Datuk James Jimbun, YB Datuk Alexander Nanta, En. John Pillai & En. Anthony Banyan


En. Edmund Renggie bersama Pak Franciskus Edy dan rakan-rakan dari MADN


YB Datuk Alexander Nanta menerima cenderahati dari Pengerusi pengelola Majlis Makan Malam En. John Pillai dengan disaksikan oleh En. Anthony Banyan


Acara penghormatan "pantun puji" kepada tetamu kehormat oleh Pemantun Cikgu Lin


Keratan Akhbar Utusan Borneo pada 3/5/2011


cda

No comments:

Panggau Bujang Berani

Panggau Bujang Dara Endu Endun

Menua Apai Indai Aki Ini

Pupu Menua

Pupu Bansa