Temuai

free link to home study courses guide
Online home study courses guide.

Saturday, January 1, 2011

2nd Borneo Dayak Cultural Heritage Safari (Part 3)

Sekali lagi, ucapan terima kasih kepada mantan Ketua Umum Dewan Adat Dayak Kalbar Bapak Thadeus Yus kerana usaha beliau dan seluruh DAD/MADN bagi mendapatkan suatu perkampungan Dayak untuk dilawati dan disinggahi rombongan BDCHS.

Persinggahan yang singkat ini telah mendatangkan suatu pengalaman baru kepada semua ahli rombongan malah kepada DAD/MADN sendiri. Menurut Kepala Desa, hari tersebut sungguh bersejarah kerana telah didatangi saudara Dayak dari negara jiran. Kunjungan ini adalah pertama kali, dalam sejarah kampung tersebut didatangi "orang asing". Beliau juga berharap agar SDNU "merekod" nama kampung mereka dalam senarai kunjungan pada masa hadapan supaya orang kampung terus mendapat manfaat dari sudut "Wisata" atau perlancungan.

Sambutan secara adat tempatan bertempat di Rumah Adat. Ramai orang kampung termasuk Kepala-Kepala Desa dan Ketua-Ketua Adat hadir pada majlis yang sungguh meriah. Saya bagi pihak rombongan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penduduk kampung tersebut kerana sudi menerima kunjungi kami. Semoga pada masa hadapan kita akan berjumpa lagi. Salam persaudaraan dari semua ahli rombongan kami. Terima kasih.



Sambutan para Tetamu dengan Tarian Dayak di Mempawah


Salah satu sambutan secara Adat Dayak di Mempawah


Pertemuan di Rumah Adat (Balairaya)


Bergambar beramai-ramai sebelum berpisah



aab

No comments:

Panggau Bujang Berani

Panggau Bujang Dara Endu Endun

Menua Apai Indai Aki Ini

Pupu Menua

Pupu Bansa