Temuai

free link to home study courses guide
Online home study courses guide.

Sunday, January 23, 2011

2nd Borneo Dayak Cultural Heritage Safari (Part 4)

1. SDNU disambut oleh Bapak Adrianus Asia Sidot, Bupati Landak

Walaupun jadual perjalanan rombongan Safari telah tersasar jauh, namun sambutan yang diberikan oleh saudara Dayak tetap besrsemangat.

Perjalanan Safari SDNU seharusnya tiba di Landak pada tengahari 26/11/2010 tetapi oleh kerana berberapa perkara teknikal yang tidak dapat dielakkan maka rombongan Safari telah kelewatan. Kelewatan itu telah membatalkan berberapa acara sambutan adat di Ngabang Landak dan Singkawang. Walaubagaimana pun, SDNU sangatlah terhutang budi ke atas kesabaran para Panitia atau para Pemimpin DAD Landak dan Singkawang yang tetap menunggu ketibaan Safari SDNU.

SDNU mengucapkan jutaan terima kasih kepada Bapak Adrianus Sindot dan keluarga serta para pemimpin DAD Landak kerana sudi menerima persinggahan Safari SDNU di rumah Kediaman Bapak Adrianus.


Cenderahati untuk Bapak Adrianus Sidot Bupati Landak


Ketibaan yang sangat lewat rombongan Safari SDNU di Ngabang


Sambutan kebudayaan oleh Persatuan Perempuan Dayak Landak



2. SDNU di sambut Bapak Hassan Karman Walikota Singkawang

Walaupun jadual aktiviti yang ketat, Bapak Hassan Karman tetap mengorbankan masa untuk kali kedua, biar buat seketika melayani rombongan Safari SDNU di rumah kediaman rasmi sebelum beliau bergegas ke Airport pada pagi 27/11/2010.

Seluruh ahli rombongan Safari sungguh terharu dan terhutang budi dengan layanan beliau dan isteri pada pagi yang sungguh mesra dan indah itu. Oleh yang demikian, tiada kata dapat diucapkan selain dari jutaan terima kasih kepada Bapak Hassan Karman dan keluarga yang sudi menerima Rombongan Safari SDNU walaupun hanya untuk seketika.


Walikota Singkawang Bapak Hassan Karman yang sudah siap sedia meninggalkan rombongan Safari SDNU untuk ke Airport


Bergambar bersama ahli-ahli Persatuan Perempuan Dayak


Lawatan ke salah sebuah sekolah Elite di Singkawang


Nota: Siri Akhir berita BDCHS di Pontianak dalam (Part 5) akan bersambung kemudian

aab

No comments:

Panggau Bujang Berani

Panggau Bujang Dara Endu Endun

Menua Apai Indai Aki Ini

Pupu Menua

Pupu Bansa