Temuai

free link to home study courses guide
Online home study courses guide.

Tuesday, January 25, 2011

2nd Borneo Dayak Cultural Heritage Safari (Part 5)

1. SDNU di Sambut dan di jamu di Istana Rakyat Pontianak

Rombongan Safari SDNU telah mendapat sambutan yang hangat oleh Dewan Adat Dayak walaupun di mana-mana sahaja tiba. Kita sangat kagum kerana semua Komiti DAD Kalbar turut turun padang. Pada hari pertama sampai ke Pontianak, rombongan safari SDNU telah di jamu di Rumah Betang atau Rumah Adat dengan dihadiri oleh berberapa pemimpin tertinggi DAD dan MADN termasuk mantan Ketua Umum Bapak Thadeus Yus dan Bapak Atan Palil.

Pada malam kedua pula rombongan Safari SDNU telah mendapat sambutan yang lebih hebat kerana di jamu President Dewan Adat Dayak di Istana Rakyat, Bapak Cornelis yang juga Governor Kalimantan Barat.

Dalam ucapan sambutan Bapak Cornelis, beliau menekankan bahawa persaudaraan Dayak Kalimantan dengan Dayak Malaysia seharusnya dikekalkan hanya melalui MADN/DAD dengan SDNU. Jutaan terima kasih kepada Bapak Cornelis dan keluarga dari semua anggota rombongan BDCHS.

Tambah beliau lagi, hubungan kerjasama ini seharusnya tidak terbatas dalam bidang tertentu sahaja, malah hubungan kerjasama dalam semua bidang termasuklah kebudayaan, sosial, pendidikan, aktiviti ekonomi dan perladangan yang mampu mengangkatkan kehidupan semua orang Dayak.

Bagi pihak SDNU, jutaan terima kasih kepada Bapak Cornelis kerana sudi menerima SDNU sebagai sahabat bagi mengangkat kehidupan orang Dayak. Semoga, dengan lawatan dan pertemuan seperti ini akan menjadi titik permulaan ke arah yang diimpikan. Pertemuan seterusnya seharus nya untuk mengenalpasti kelemahan dan kekuatan satu sama lain sebagai panduan untuk sama-sama bergerak ke hadapan.

Bagi pihak SDNU, disampaikan juga salam hormat dan "Selamat Tahun Baru" kepada semua rakan dalam DAD atau MADN.


Bapak Cornelis bersama Bapak Thadeus bersama Rombogan Safari SDNU


Cikgu Thomas Laja bersama rakan-rakan sedang menunggu giliran


Pak Andeng Ketua Dewan Adat Dayak Sanggau yang tidak bersama Komiti Dewan Adat Dayak Sanggau menyambut rombongan Safari semasa di Sanggau turut berada di Pontianak


Para jemputan dan semua Ketua Adat seluruh Kalimantan Barat yang memmeriahkan acara malam tersebut


Ha ha ha itu dia........semua boleh !!!!!


En. Edmund Renggie dan En. Spencer Birai bergambar bersama ahli-ahli Persatuan Perempuan Dayak Pontianak


Bersama ahli-ahli Persatuan Perempuan Dayak Pontianak sewaktu makan malam di Rumah Betang


L to R, Cikgu Joseph Kok, En. Perry Ragam, Cikgu Bosco Banyang dan En. Spencer Birai


Sambutan dan makan malam di Rumah Adat bersama Komiti Dewan Adat Dayak Pontianak


Para peserta ini sah sudah sampai ke Pontianak kerana telah melawat Tugu Khatulistiwa


Makan tengahari sekembali dari Tugu Khatulistiwa



Para peserta rombongan berehat di Kapuas Palace Hotel sementara menunggu Pak Weddi dan seorang rakan tiba untuk besembang


aab

No comments:

Panggau Bujang Berani

Panggau Bujang Dara Endu Endun

Menua Apai Indai Aki Ini

Pupu Menua

Pupu Bansa